Friday, May 23, 2008

Still In D.E.B

Salam,

Semalam aku dah post satu komen dalam blog aku (www.tauter80.blogspot.com) mengenai komen sesetengah Pemimpin pembangkang mengenai Dasar Ekonomi Baru Nasional atau DEB. Mereka kata DEB hanya memberi keuntungan kepada Melayu sahaja. Dalam blog aku tu, dah aku nyatakan bahawa bukan Orang Melayu sahaja yang untung, tapi ada juga orang dari bangsa lain yang dapat keuntungannya. Aku dah sebut nama-nama Pemain Utama Ekonomi Negara. Kalau DEB ni berat sebelah, takkan mungkin oarng-orang tu akan berjaya. Aku dah nyatakan bahawa DEB akan berjaya jika Orang Tu Sendiri Nak Berjaya.

DEB tu hanya cara yang membantu kita untuk mencapai matlamat yang kita nak, BERJAYA. Macam Komputer yang dicipta untuk memudahkan kita menulis, melayari Internet, buat akaun dan sebagainya. Tapi tak semestinya kalau tidak ada Komputer ni kita tak boleh buat beberapa perkara, Cuma dia akan membantutkan usaha kita. Itu semua bergantung pula kepada macam mana cara kita menyelesaikan masalah tu.

DEB bukan ditubuhkan untuk menjayakan bangsa Melayu sahaja, banyak lagi perkara dalam DEB tu yang harus kita faham, yang harus kita belajar dan tahu isi dalam DEB tu. Ini tidak, tengok dari luaran, DEB tu hanya perjuangkan hak Melayu, Ketuanan Melayu, Kontrak Melayu memang la orang bangsa bukan Melayu ni marah. DEB hanya beri keutamaan kepada orang Bumiputera. Kalau orang Bumiputera tak mampu atau tak mahu, DEB tetap terbuka kepada semua golongan. Kalau tidak, kenapa orang bukan Bumiputera boleh mohon tanah Rancangan, T.O.L dan sebagainya dari pihak Pejabat Tanah & Galian Negeri? Takkan Cina boleh memiliki tanah kat Malaysia ni?

Sekali lagi aku nyatakan bahawa DEB tu akan menguntungkan orang-orang yang melihat peluang, tahu cara nak ambil peluang tu, dan mampu melaksanakan peluang tu. Asal ada usaha, tak mungkin orang tu takkan berjaya. Ni tidak, baru cerita nak bagi peluang, alas an dah macam-macam. “Ala, tu dah tentu dah ada orang dia”, “Ala, tu orang kuat Parti je yang dapat”. Cuba la dulu, baru kita tahu. Cuba sekali tak berjaya, cuba 2 kali. Tak berjaya juga cuba lagi. Janji kita ada usaha. Jangan mengharap je.

Aku tak nafikan ada juga yang buat DEB tu tak berjaya dan mencapai matlamatnya. Yang buatkan DEB tu hancur, tidak mencapai matlamatnya bukan DEB atau Kerajaan. Tapi orang yang bekerja dengan Kerajaan tu yang buat DEB tu tak relevan. Orang yang tak amanah, bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri yang buatkan DEB tu hancur. Tapi bagaimana orang macam ni boleh kerja dengan Kerajaan? Bagaimana orang ni, walaupun dia menyokong kerajaan tapi dia tetap tak amanah? Semua sebab duit. Orang yang buat kerja kerana Allah ni dah takde. Semua nak upah, semua nak duit. Sampaikan orang-orang Tahfiz pun sibuk cari duit, sibuk mintak duit merata-rata. Tak kira la dia dari Parti atau Barisan atau Pakatan mana sekali pun. Semua nak duit. Tak percaya cuba Tanya MB, berapa gaji diorang. Gaji tu duit. Kalau betul dia buat kerja ikhlas, jangan ambil duit tu walaupun RM0.10. Kerja free je. Ada yang nak buat macam tu?

Oleh sebab itu, jangan kita salahkan nyamuk, kelambu kita bakar. Kalau kita tahu manusia yang menjadi faktor dalam kehancuran DEB, kesatuan dan perpaduan Melayu, kita marah dia je. Yang nak maki hamun, sumpah seranah orang lain kenapa? Tegur la cara baik. Kalau tak berani tegur, hantar surat. SMS pun dah ada zaman sekarang ni. Hantar satu, kalau takde perubahan, hantar 2, 3, 4, 5 dan tambah la kosong kat belakang nombor tu. Biar dia cemuih, biar dia muak tengok, asyik-asyik surat dia nie. Asyik-asyik muka dia ni. Itu yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir. Cerita pasal TDM, lain kali plak aku cerita.

Pokok pangkalnya, manusia tu sendiri kena berubah. Bagi lah Kerajaan Pusat ni kat sapa-sapa pun, Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Selagi nafsu, sifat tamak, dengki, cemburu, iri hati, dengki dan lain-lain sifat Iblis tu tak kita kikis, sama je. Keputusannya tetap sama. Konsekuinsinya takkan berubah. Selagi manusia tu buat kerja, jalankan amanah, dengan hati Ikhlas, niat suci kerana Allah S.W.T, tak mustahil semua perkara akan berjalan lancar. Tak mustahil bangsa akan bersatu padu. Insya Allah.

“Dalam Setandan Pisang, Takkan Semuanya Busuk”

(Petikan dialog dari Filem ‘3 Abdul’ arahan Tan Sri P.Ramlee)

1 comment:

YuSmA said...

aku kena amik masa tuk baca..gudluck!