Thursday, April 18, 2013

I'LL BE BACK!!!

It have been years since i drop in to these blog. Maybe i had a lot of thing running around to my brain. So that is why i haven't spent much time writing here. 

To speed things up, Malaysia today are going to face a storm. The General Election are coming. And just another two more days to go before it really start. 

 But, for the time being the wind are blowing hard yet it feels so hot around here. Many things pops out every where you go. Story been told. Lie being the main attraction. 

 And there i am. Standing by the corner, watching and watching as those people pass by. To their mind, i'm just a nobody. Just a busy body being there when i should not have. 

 I'm here and i'll keep being here. If you choose to ignore me, i don't mind. Its your own Prerogative. You have your's and i have mine. That's what we call DEMOCRACY. 

So, i pray all the best to all the Politician's who's going to compete in this year GE13. Wish you all the best and hope for a Better Nation. May Allah lead you by His Guidance.

Thursday, January 21, 2010

Dalam Minda

Ari semalam aku duduk dengan beberapa orang yang cerdik pandai mengenai Agama. Jadi secara tak lansung aku bertanya mengenai pandangan mereka terhadap Isu Kalimah Allah. Walaupun dah ada tindakkan yang diambil, tetapi aku nak juga dengar pandangan mereka. Mungkin apa yang aku buat ni boleh dianggap berat sebelah, tapi ini sekadar pandangan.

Bila aku tanya, apa pendapat mereka mengenai isu ni? Jawapan mereka mudah je, sedangkan Parlimen dan barisan kabinet boleh bubar, inikan pulak isu ni. Apa gunanya jadi kerajaan memerintah tapi terpaksa merayu untuk tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah ni.

Kalau difikirkan, ada betul juga kata mereka. UMNO sebagai Ketua dalam kerajaan perlu ambil tindakan tegas untuk tidak membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh Herald Weekly. Mereka ada kuasa. Malah persoalan mengenai kenapa tuntutan dibuat di Mahkamah Tinggi pun boleh diketepikan. Bila lagi nak guna kuasa autonomi yang ada? Inilah masanya. ISA bila-bila masa je boleh jatuh hukum, inikan pulak isu macam ni. Kata mereka la, sambil aku mengangguk-anggukkan kepala.

Seterusnya aku tanya, jadi pada pendapat saudara semua, orang bukan Islam tak boleh guna la perkataan Allah dalam penulisan mereka ya? Memang tak boleh! Dalam Al-Qur'an pun kata tak boleh. Kita manusia biasa ni nak menidakkan isi kandungan Al-Qur'an? Apa besar sangat ke kita ni? Itulah pendapat mereka sewaktu aku duduk disamping mereka semalam.

Dalam minda aku, maknanya secara majoriti penduduk Islam di Malaysia ni semua tak setuju penggunaan Kalimah Allah dalam penulisan Herald Weekly tu. Tapi kenapa masih ada segelintir pemimpin yang juga terdiri dari golongan cerdik pandai Agama kata boleh? Pelik-pelik manusia kat dunia ni ye. Masya Allah, Subhanallah.

Saturday, November 7, 2009

Sun Tzu

Keep your plan as dark as night and then strike like a thunderbolt.

Deceptions, securities, and misdirection.

5 fundamentals in war :
1. Weather, 2. Terrain, 3. Leadership, 4. Influence 5. Moral.

Saturday, October 31, 2009

Konsep Politik Perhubungan.

Konsep Politik Perhubungan.

Bagi memahami satu perkara dalam hidup, seseorang manusia yang mempunyai akal yang cerdas pasti akan mencari erti sebenar perkara itu terlebih dahulu. Maka timbul persoalan yang biasanya ditanya kepada diri mereka sendiri. Mungkin soalan-soalan ini hanya untuk untuk kefahaman individu itu sendiri. Namun hakikatnya, secara lahiriah, apa yang difikirkannya pasti mahu disebarkan kepada masyarakat umum.

Teringat saya sewaktu saya berada di Kolej dahulu. Dalam Pengajian Am - Politik Dan Kenegaraan, pensyarah itu bertanya:

"Apa Definasi Politik, mengikut kefahaman sendiri."

(Rujuk Wikipidea & Kamus DBP).

Namun, bagi saya sendiri, secara subjektifnya, Politik itu merupakan satu Perhubungan antara manusia. Ia di aplikasikan bagi kita untuk mencapai tujuan tertentu demi kebaikan individu, keluarga dan juga masyarakat. Ia menjurus kepada soal keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia serta persekitarannya. Ia sepatutnya tidak melibatkan soal agama secara terus tetapi secara dasarnya ia tetap ada kena mengena dengan agama.

Suatu ketika, sewaktu angkatan tentera Khalid Ibn Waleed mengepung tembok Baitulmaqdis, seorang Uskop atau Bishop tua dari suku Nasrani (Kristian) menghantar surat memohon untuk bertemu dengan khalifah sebelum sebarang pertempuran berlaku. Surat tersebut telah sampai kepada khalifah pada zaman itu, Umar Al - Khattab, di Madinah. Dengan memikirkan keselamatan umat Islam dan demi mengelakkan sebarang pertumpahan darah berlaku, Saidina Umar bersetuju untuk berjumpa dengan Uskop tua tersebut. Dalam pertemuan tersebut, Uskop itu bertanya Apakah yang sebenarnya hendak dilakukan oleh Tentera Islam di luar Kota Baitulmaqdis ini? Jawap Umar, membebaskan Kota Baitulmaqdis ini dari kekejaman Rom terhadap orang - orang bukan Kristian. Demi apa, tanya Uskop itu lagi. Demi Politik, kata Umar. Apakah politik yang dimaksudkan oleh Umar itu? Perhubungan yang baik sesama manusia dan kebebasan diantara mereka.

Jelas disini bahawa tujuan asal perjuangan Islam seawal perkembangannya adalah demi jalinan perhubungan sesama manusia seperti mana Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami mencipta kamu berbilang kaum agar kamu dapat kenal mengenali antara satu sama lain."

Bukan tujuan saya untuk menidakkan maksud yang tercatat dalam wikipidea ataupun kamus Dewan Bahasa itu. Tetapi secara logiknya, Politik itu lebih hampir kepada sifat-sifat menjalinkan Perhubungan yang baik sesama ahlinya.

Bayangkan kita ini satu kelompok keluarga yang tinggal jauh di kawasan pendalaman. Bagi keluarga tersebut berkembang dari segi zuriat, ekonomi mahupun sosialnya, maka mereka harus mempunyai hubungan dengan orang lain. Jika perkara ini tidak berlaku, maka hiduplah mereka (keluarga tersebut) seperti mana yang disebut dalam pepatah Melayu sebagai Kera Sumbang.

Politik, ekonomi dan juga sosial merupakan 3 aspek yang paling utama dalam kehidupan manusia. Maka jika kita lihat politik itu sebagai satu Perhubungan, maka lebih mudah untuk kita mencapai 2 perkara berikutnya iaitu Ekonomi dan Sosial. Ketiga-tiga perkara ini mempunyai hubungan yang sangat akrab diantara satu dengan yang lain. Tetapi tanpa Politik Perhubungan yang baik, maka adalah sukar untuk mencapai dua yang lainnya.

Ambil kira semula keluarga yang tinggal jauh dipendalaman tadi. Dengan adanya Politik Perhubungan yang baik, maka mereka dapat berjumpa dengan individu atau keluarga mahupun kelompok masyarakat lain selain keluarga mereka sendiri. Dari sini, jika mereka menanam padi, sebagai contoh, berjumpa dengan keluarga yang menternak ayam, keluarga awal tadi dapat makan ayam sebagai makanan mereka. Demikian juga sebaliknya.

Disinilah permulaan awal tamadun dunia dimana politik memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangannya. Dari perhubungan politik yang baik akan menjurus kepada sistem sosial yang baik. Lebih ramai orang yang mereka kenal, semakin besar jaringan perhubungan individu tersebut. Dengan kata lainnya, lebih besar mangkuk, lebih banyak isinya. Maka, tidak mustahil bagi individu tersebut untuk berkembang dalam sistem Ekonominya sendiri. Dari sini tamadun tersebut mula berkembang.

Islam juga turut berkembang dengan cara yang sama, melalui Perhubungan yang baik antara manusia. Malah dalam Rukun Islam juga, Perhubungan adalah perkara yang sangat-sangat diutamakan iaitu Solat 5 Waktu. Kesinambungan Solat ini akan saya terangkan dalam bab yang lain.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir juga turut membincangkan perkara yang sama seawal penglibatannya dalam kancah politik nasional. Penyebaran konsep Politik Perhubungan yang baik ini telah di abdikan dalam buku beliau yang cukup berkontrovasi, Dilema Melayu. Beliau pada mulanya menerangkan sistem Penduduk di Malaysia sebelum dan selepas Merdeka. (Rujuk buku tersebut untuk kefahaman Lanjut).

Sayangnya, dewasa ini Konsep Politik yang diamalkan oleh Parti-Parti Politik lebih menjuruskan kepada Kepentingan Peribadi. Tidak kurang juga ada yang extrimis terhadap seseorang pemimpin sahaja. Yang lebih menyedihkan, Politik Persepsi atau Pandangan satu hala sahaja. Jelas konsep politik ini jauh menyimpang dari maksud asalnya yang telah diterangkan sejak awal tamadun manusia dahulu.

Tidak salah jika saya katakan, gagasan 1Malaysia, Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan oleh Presiden UMNO Malaysia membawa kita kembali kepada konsep Politik Perhubungan. Perhubungan antara Pemimpin atasan dengan Bahagian, Bahagian-Bahagian dengan Cawangan, seterusnya Pemimpin Cawangan dengan ahli-ahlinya. Demi menjaga ukhwah sesama ahli, kita turut digalakkan untuk berbuat amal dan berbaik sangka diantara manusia terutama kepada penduduk seluruh Malaysia khususnya tanpa mengira kaum dan pemikiran politiknya. Jika perkara ini dapat kita laksanakan dengan baik, maka keadaan dalam Negara, Masyarakat, Keluarga malah individu dapat diperbaiki serta ditingkatkan dengan lebih efisyen.

Dalam dunia serba moden dan canggih seperti sekarang ini, mencapai matlamat Konsep Politik Perhubungan yang baik bertambah mudah. Dengan adanya sistem telekomunikasi terkini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan bagi setiap anggota masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah anak-anak sekolah juga turut memiliki kemudahan ini. Hanya sebaris ayat dalam sistem pesanan ringkas (SMS) sudah cukup memadai bagi rakyat merasai diri mereka dihargai. Tidak perlu hari-hari pun tidak mengapa asalkan ingatan itu yang lebih penting. (Pepatah Inggeris Menyebut: The Thought that matter the most).

Selain sms, teknologi maklumat juga turut memainkan peranan yang penting dalam mencapai konsep Politik ini. Zaman sekarang, anak-anak muda cukup mudah terdedah kepada eMail, Facebook, Twitter dan sebagainya. Kaedah ini juga mampu menarik perhatian mereka dan mudah untuk mereka capai. Slogan 'Dunia Di Hujung Jari' sangat berkesan dalam penggunaan teknologi ini.

Sayangnya, Kepimpinan UMNO terlalu lambat mengambil pendekatan seumpama ini untuk digunakan demi kebaikan mereka. Mekanisme terbaru ini tidak disenaraikan sebagai senjata utama bagi mereka. Jelas disini bahawa kepimpinan sedia ada sama ada menolak atau tidak tahu lansung kegunaannya yang secara hakikatnya sangat-sangat memberi kesan kepada rakyat dan ahli UMNO. Boleh juga dikatakan bahwa ada segelintir pemimpin yang terang-terangan tidak menggunakan konsep Politik Perhubungan ini sebagai agenda utama mereka dalam lapangan politik tempatan. Oleh sebab itu kegunaan perkakas terbaru ini masih bersawang dan tidak diguna pakai secara efektif. Mungkin mereka rasa diri mereka akan jadi bodoh sebab tidak tahu guna atau mungkin juga ego dan keangkuhan mereka menghalang mereka untuk belajar. Tidakkah mereka sedar bahwa Rasulullah S.A.W pernah bersabda, yang bermaksud:

'Tuntutlah ilmu sehingga ke Liang Lahad.'

Apakah kita lupa akan perkara ini? Allah huakbar.

Renungkanlah, sesungguhnya mencapai matlamat konsep Politik Perhubungan ini lebih mudah jika kita sendiri mempermudahkannya. Dengan usaha kita mencapai kejayaan, dengan ketekunan, istiqomah dan kesabaran, Insya Allah, Allah pasti membalasnya dengan kemenangan.

Enlightenment Dalam Politik Semasa.

Enlightenment Dalam Politik Semasa.

Sejak PRU ke 12 yang lalu, banyak pendapat dari pakar sains politik negara mengatakan bahawa pengundi sekarang lebih peka terhadap persekitaran politik tempatan. Dengan wujudnya dunia tanpa sempadan, multimedia dan internet, pandangan mereka terhadap politik lebih meluas terutama dikawasan bandar.

Kewujudan media baru ini memudahkan mereka mencapai maklumat dari hujuung jari. Segala informasi terkini dapat diperolehi melalui sistem jaringan internet. Keadaan ini berlaku tanpa sebarang had dan pengawalan dari institusi tertentu. Maka dengan mudah penyebaran maklumat dapat dilakukan sama ada apa yang dibekalkan itu benar atau pun tidak.

Kesedaran saya terhadap tahap kematangan politik generasi muda yang melayari internet dan dunia mudah alih ini agak berbeza sedikit dari pandangan pakar. Bukan maksudnya saya lebih pakar dari mereka, tetapi tahap pemikiran saya berbeza dari mereka.

Dengan wujudnya dunia tanpa sempadan ini, generasi muda bukan sahaja mudah terdedah kepada dakyah pembangkang. Malahan bukan semua mereka yang terlibat secara lansung dalam pakatan tersebut, jauh sekali melibatkan diri dalam kancah politik tempatan. Ada juga diantara mereka yang terdedah kepada berberapa revolusi baru dalam sistem politik yang selama ini mendominasi negara.

Sebagai contoh, mereka mula mengkaji dengan lebih mendalam Dasar Ekonomi Baru dan signifikasinya terhadap masyarakat. Melalui kajian dan pembacaan mendalam mereka dalam sesuatu hal itulah yang menimbulkan provokasi terhadap pemikiran mereka. Pembangunan masyarakat luar bandar misalnya yang pada asalnya menjurus kepada peluang perniagaan dan bantuan-bantuan yang disediakan bagi membantu ke arah itu. Provokasi terhadap perkara itu ialah mengapa mereka tidak didedahkan lebih awal? Kemana saluran yang sepatutnya mereka perlu pergi bagi mendapatkan bantuan-bantuan tersebut? Mengapa hanya segelintir masyarakat Melayu terutamanya yang mendapat keuntungan dari bantuan-bantuan yang disediakan dan tidak kepada masyarakat massa?

Inilah permulaan persoalan yang bermain difikiran mereka. Lebih dalam mereka mengkaji perkara tersebut, lebih banyak yang mereka tahu. Tambah lagi dengan fakta-fakta kurang tepat yang turut dibekalkan oleh puak pembangkang akhirnya menjurus kepada satu pendekatan: Kerajaan Yang Bersalah.

Hakikatnya, jika kita lihat bahawa selama ini memang keadaan seumpama ini wujud. Bantuan-bantuan yang sepatutnya disalur kepada masyarakat umum tidak disampaikan atau tidak diwar-warkan kepada mereka. Atas dasar itulah, maka golongan generasi muda ini merasa diri mereka ditipu dan ditindas.

Perubahan dalam corak politik bagi mendekati golongan ini wajar diberi perhatian. Terutama dari segi menterjemahkan semula jenis-jenis bantuan yang dapat membantu mereka dimasa akan datang. Sumber informasi dan maklumat yang lebih efektif perlu diberi penekanan dan perhatian terhadap perkara-perkara ini. Langkah-langkah yang lebih efektif perlu dikaji agar penyelewengan tidak berlaku dan ianya perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum.