Friday, June 6, 2008

Kenaikan Harga Minyak

Kenaikan Harga Minyak: Tanggungjawab Bersama.

4 Jun 2008, Malam – TV3 menyiarkan bahawa Kerajaan akan menaikkan kadar harga minyak kepada RM0.72 sen seliter.

Demikian yang tersiar pada malam tersebut. Yang aku peliknya, malam tu jugak stesen-stesen minyak penuh berasak-asak dengan orang ramai. Semua terburu-buru nak isi minyak kereta, motor, nak bagi penuh. Semua kenderaan nak isi tangki masing-masing Full. Sampai jalan pun Jam. Kat stesen minyak tu, sampai nak keluar kereta lepas isi minyak pun susah. Nak kena ada trafik pulak yang memantau keadaan. Yang paling gembira sekali, tokeh stesen minyak. Sebab malam tu aje, untung lebih. Tak kira la Petronas ke, Shell ke, Esso ke, Mobil ke. Janji stesen minyak.

Yang buat aku terfikir ialah, kenapa jadi macam tu? Isi minyak sewaktu harga murah, sebelum pukul 12 malam macam la tak payah isi dah minyak tu lepas ni. Gempar jadinya. Ini satu kelemahan yang nyata dalam masyarakat Malaysia. Selama ni hidup tenang, aman, damai. Dapat berita macam ni je dah kelam-kabut. Mudah diserang Panik. Keadaan ni bukan sahaja melemahkan Negara, malah mampu menggugat keselamatan Negara.

Itu satu perkara. Yang seterusnya, masyarakat harus marah kepada kerajaan dengan tindakkan menaikkan harga minyak ni. Dari RM 1.10, jadi RM 1.90. Sekarang dah naik sampai RM 2.60 seliter. Walaupun kerajaan bagi subsidi, masih tak dapat menampung kesusahan Rakyat. Kalau dulu, masa harga naik jadi RM 1.90, kerajaan peruntukkan RM1.00 untuk setiap liter. Sekarang, PM bagi RM0.30 saja untuk seliter. Apa punya kedekut la. Kata pertumbuhan ekonomi Negara meningkat? Pelik.

Tapi bukan kerajaan sahaja yang harus kita persalahkan. Masyarakat juga harus sedar akan tanggungjawab sendiri. Dalam Islam pun kita digalakkan agar berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri dulu. Kemudian keluarga, baru masyarakat. Jangan kita mudah nak salahkan orang lain sedangkan kita sendiri pun tak betul. Kaji diri kita sendiri dulu baru kita persoalkan hak orang lain. Apa maksud aku ni ye?

Maksudnya, kita sebagai masyarakat kena la pandai berjimat cermat. Jangan pandai je, tapi harus bijak juga. Sebagai contoh, nak pegi kerja jauh, kena naik kereta. Pakat la dengan kawan-kawan, keluarga atau saudara mara naik satu kereta. Buat sistem Car Pull. Aku ingat lagi masa aku belajar kat Sek.Ren.Keb. Ulu Dong. Perjalanan sejam, ayah aku berulang dengan 4 orang lagi rakan dia. Hari ni naik kereta ayah aku, esok naik kereta kawan lain dan seterusnya. Dapat la kita mengurangkan penggunaan minyak seterusnya menjimatkan duit. Ini tidak. Pergi pejabat naik kereta sorang-sorang, keretanya besar. Lepas tu bising jalan Jam, minyak mahal, tol mahal. Itu yang aku maksudkan jangan hanya jadi pandai, tapi kena bijak jugak. Dah la macam tu, sampai pejabat pun kereta Parking je, Bukan nak pegi mana pun. Nama pun keje pejabat, bukan keje dalam kereta. Nak lagi jimat, naik motor. Kat Jepun pun CEO Syarikat boleh naik Basikal, Komuter. Takkan kita kat Malaysia ni tak boleh kot. Sombong sangat ke kita ni? Bos naik kereta, Setiausaha naik kereta, Akauntan naik kereta, Kerani naik kereta. Kadang-kadang Despacth pun naik kereta. Logik ke?

Lepas tu subsidi kerajaan dapat sikit pun marah. Subsidi minyak ni ikut bilangan kereta. Kalau dulu satu rumah dapat RM 1.00 untuk satu kereta. Sekarang dapat Rm0.30 untuk satu kereta. Kenapa jadi macam tu? Sebab logiknya, satu rumah sekarang dah tak pakai satu kereta. Satu rumah pakai sampai 5, 6 biji kereta. Kaya sangat orang Malaysia ni. Ayah pakai kereta, Mak pakai kereta, Abang pakai kereta, Akak pakai kereta, Acu kereta, adik pakai kereta. Budak sekolah pun sekarang pakai kereta. Tengok la kat sekolah-sekolah tu. Banyak kereta budak dari kereta cikgu. Jadi macam mana Kerajaan nak tanggung semua tu? Takkan nak bagi subsidi satu rumah RM5.00 kot? Kata kaya, boleh pakai kereta banyak-banyak. Minyak naik Rm0.72 sen pun marah.

Jadi fikirkanlah. Biar jadi bijak, jangan jadi pandai je.