Friday, May 16, 2008

Nasib Bangsa

Nasib Bangsa

Pada masa sekarang ni sibuk orang bercerita pasal politik. Aku nie bukan lah orang yang kuat sangat dalam politik ni. Tapi politik ni membuat aku terfikir tentang bangsa aku sendiri. Bangsa Melayu.

Negara Malaysia Merdeka baru 50 tahun. Tak lama je lagi 51 tahun kita menikmati Kemerdekaan. Macam-macam kita dapat, macam-macam kita perolehi. Jalanraya, Bekalan Elektrik, Bekalan Air, Telefon dan benda yang bergelar Internet ni. Kalau 50 tahun dulu, kita pakai air telaga, pakai lilin dan pelita (sempat lagi aku zaman tu). Telefon pun pakai wayar lagi. Dail pun kena pusing-pusing. Jalan pun tanah merah. Sekarang ni, budak darjah 3 pun dah pakai Handfon. Baru habis SPM dah bole pakai kereta, motor.

Yang pelik nye, kenapa ada sesetengah orang Melayu kata kita ni tak berjaya lagi? Kenapa ada lagi orang Melayu yang kata kita masih Mundur?

Aku pernah dengar satu ceramah mengenai Kemerdekaan. Katanya Malaysia Baru Merdeka 50 tahun sedangkan Negara kita telah dijajah sejak 500 tahun yang lalu. 500 tahun kita duduk dalam Pemerintahan Bangsa Asing. Dari Zaman Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dalam erti kata lainnya, 50 tahun kita Merdeka baru bersamaan dengan 10% dari zaman kita dijajah. Kalau dalam dunia perniagaan, 10% tu kira sikit. Jadi tak salah kalau kita kata Bangsa kita masih mundur. Baru 10%. Tapi dalam 10% tu, macam-macam yang kita dah dapat dan macam-macam perubahan yang kita terima seperti yang aku terangkan tadi.

Hairannya dengan bangsa aku ni, diorang mengeluh kata diorang tertindas dan teraniaya. Selama 50 tahun diorang hidup, terseksa dan dipinggirkan. Pelik jugak. Aku ni berasal dari keluarga yang sederhana. Mak Ayah aku Cikgu. Asal Mak Ayah aku pun dari keluarga Buruh. Tapi kenapa aku tak terasa yang aku dan keluarga aku teraniaya, tersekasa dan disisihkan? Kenapa aku tengok, walau macamana susah pun adik-beradik serta keluarga aku, tak de yang sampai tak dapat makan?

Yang sibuk kata bangsa Melayu teraniaya ni sapa? Bangsa Melayu jugak. Yang kata bangsa Melayu ni teraniaya dari golongan mana? Golongan Pemimpin jugak. Golongan Pemimpin tu tak kaya ke? Macamana diorang boleh jadi pemimpin kalau diorang tu teraniaya? Heran jugak aku.

Bangsa Melayu yang kata diri mereka teraniaya ni, bagi aku orang yang suka mengharap. Suka meminta belas. Suka meminta Ehsan dari orang lain. Mereka ni tak mampu nak berusaha sendiri, tak mampu nak memajukan diri dan keluarga mereka. Mereka ini dari golongan yang kecewa dalam hidup, kecewa dengan nasib mereka sendiri.

Sebagai contoh, orang di Pulau Pinang (tempat asal Ayah Aku sendiri). Mereka merintih dengan mengatakan mereka di P.Pinang tertindas. Mereka dipinggirkan. Susah untuk mereka mendapatkan Kontrak Kerajaan sebab mereka ni Bangsa Melayu. Hak milik tanah mereka dirampas kerajaan.

Aku nak jugak tanya kepada mereka ini. Yang membiarkan Kerajaan rampas hak milik tanah ni siapa? Siapa yang biarkan diri mereka di tindas? Siapa yang biarkan bangsa Mereka dipinggirkan? Siapa yang nak merasa diri mereka dihina kalau tak mereka sendiri yang membenarkannya. Diorang yang jual tanah kepada bukan Melayu, kenapa salahkan Kerajaan? Diorang yang malas nak mencari rezeki, kenapa salahkan Kerajaan?

Aku ambik contoh bapa saudara aku yang duduk di P.Pinang. (Adik-beradik ayah aku masih ada 5 orang kat sana). 2 berjaya dalam Perniagaan. 2 lagi masih menjadi golongan mengharap. 1 jadi orang yang tak mengenang budi dengan makan pencen tapi asyik mengutuk kerajaan. Yang berjaya dalam perniagaan tu, pernah cuba membantu golongan yang mengharap. Bukak kedai makan, kedai runcit, bagi kepada yang mengharap tadi. Tapi malangnya, yang mengharap tadi datang kedai dah tengahari buta. Datang pun goyang kaki, tak buat kerja. Mengharap orang datang bagi duit kat kaunter. Lama kelamaan, kedai pun takde untung, tutup. Yang tukang mengutuk ni salahkan yang berjaya dalam perniagaan tadi. Tak tolong adik beradik la, menganiaya orang la. Pelik kan?

Jadi, bagi aku, nasib Bangsa tu dalam tangan mereka sendiri. Bukan Kerajaan. Kerajaan cuma membantu sahaja. Nak usaha atau tidak, terpulang kepada bangsa itu sendiri. Yang membuatkan bangsa tu senang atau susah, bangsa itu sendiri bukan kerajaan. Oleh itu, aku harap bangsa aku ini sedar dan bangkit untuk memajukan diri sendiri serta jangan mengharapkan sangat Ehsan orang lain. Aku sudahi blog aku ni dengan Surah Ar-Raad, ayat 11 yang bermaksud:

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU BANGSA, KECUALI BANGSA ITU SENDIRI YANG MENGUBAHNYA."

Sekian.

No comments: