Monday, May 26, 2008

DARI PARSI KE SYIAH

Dari Kaum Parsi Ke Kaum Syiah

Kebelakangan ini, Putrajaya memberi ingatan kepada penduduk Malaysia agar tidak mengunjungi Lubnan buat sementara waktu. Ini akibat daripada perpecahan kaum mengikut sekte Agama dalam Islam itu sendiri iaitu antara aliran Sunnah dan Syiah. Kejadian seperti ini jelas menunjukkan bahawa jika sesebuah kaum tidak mampu untuk terus berkerjasama dan mempunyai keyakinan serta kepercayaan penuh diantara mereka, maka kaum tersebut akan musnah.

Kita singkap sejarah Tamadun Islam di Andalusia. Demikian juga yang berlaku kepada umat Islam apabila kepercayaan sesama mereka runtuh akibat duniawi. Tetapi lain pula dengan keadaan di Semenanjung Arab sekarang. Mereka berperang hanya semata-mata kerana berbeza fahaman. Hakikat perang diantara Sunnah dan Syiah ini sudah lama namun masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Saya petik asal usul kaum Syiah daripada tulisan Sheikh Muhammed Hussain Heikal. Kaum Syiah ini berasal dari satu bangsa yang tersohor disuatu masa dahulu. Bangsa Parsi meletakkan bangsa mereka setaraf dengan Rom, Greece dan Negara Eropah pada Zaman sebelum kedatangan Islam. Bangsa Parsi ini disifatkan oleh orang-orang Rumawi sebagai bangsa yang kasar dan kejam. Ini disebabkan rupa bentuk fizikal mereka yang besar dan suara mereka yang garang. Malah, aktiviti harian mereka juga agak kasar dan kejam.

Sebelum syiar Islam hadir menyinari bangsa Parsi ini, mereka kaum Pagan yang menyembah apa sahaja yang datang dari langit. Sejarah mencatatkan bahawa awalnya mereka menyembah Api kerana api itu datang dari langit. Bagi mereka, apa sahaja yang turun dari langit itu adalah anugerah, satu keajaiban dan juga satu kebesaran bagi mereka. Di dalam Al-Qur’an juga ada menceritakan keadaan kaum Parsi di Madain, salah sebuah kota Agung bangsa Parsi pada ketika itu. Di gambarkan bahawa pada ketika kelahiran Rasulullah S.A.W, Api yang selama ini disembah oleh kaum Madain ini telah padam sedangkan api itu tidak pernah padam walau apa pun yang dilakukan mereka.

Demikian keadaan ini telah diambil kesempatan oleh sesetangah orang dari bangsa mereka sendiri dengan menggelar diri mereka Tuhan. Mereka mengaku bahawa mereka ini adalah makhluk yang Suci. Sebagai contoh, Xerxes dalam kisah 300, hasil nukilan Frank Miller (Nama Xerxes itu benar-benar wujud). Akibat keajaiban yang mereka tunjuk dan ketaksuban beberapa pengikut, maka mereka ini telah memerintah Parsi bertahun-tahun lamanya. Golongan ini dikenali sebagai golongan Kisra.

Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah mengambil inisiatif untuk membebaskan umat Islam dari genggaman Golongan Kisra ini. Maka beberapa siri peperangan telah dilakukan semata-mata untuk memerdekakan umat Islam dalam penaklukan golongan Barbarik ini.

Setelah itu, Islam tersebar luas seluruh kerajaan Parsi yang meliputi Armenia, Azebaijan, Pakistan, Turkistan dan Afganistan hingga ke Sempadan Negara China. Boleh dokatakan seluruh populasi yang dahulunya mengamalkan Agama Pagan, telah masuk Islam.

Sewaktu kematian Saidina Usman Ibn Affan R.A, kebanyakan kaum Parsi yang berada di Madinah ketika itu telah bersama-sama memba’iatkan Ali Ib Abi Talib sebagai Khalifah. Ini dikuatkan lagi dengan latarbelakang Saidina Ali yang bukan sahaja sahabat Rasulullah S.A.W, malah juga merupakan kaum keluarga Baginda. Mereka dari kaum Parsi telah membuka pintu seluas-luasnya buat keturunan Rasulullah S.A.W ini untuk berhijrah dari Madinah ke Baghdad apabila api kebencian mula disebarkan oleh Muawiyah. Belum sempat Saidina Ali bertindak, beliau telah dibunuh oleh Pembunuh Upahan Muawiyah.

Dalam pada itu, bangsa Parsi ini masih memberi perlindungan dan jaminan untuk Kaum Kerabat Saidina Ali dan menjemput Hassan dan Husin untuk menetap di Baghdad. Namun nasib Hassan tidak sebaik Husin dimana sewaktu penghijrahan beliau dan Kabilahnya telah diserang juga oleh orang-orang yang dipengaruhi Muawiyah. Walau bagaimana pun, Husin turut menimpa nasib seperti saudaranya meskipun beliau sudah berlindung di Kota Baghdad ketika itu.

Demikian kejadian ini telah membangkitkan satu pecahan Umat Islam yang telah disebut Rasulullah dimana Baginda pernah bersabda bahawa Agama Islam ini akan berpecah kepada 73. Kaum syiah yang terdiri daripada kaum Parsi secara keseluruhannya memuja Saidina Ali serta sanak-saudaranya hanya kerana beliau adalah keturunan Nabi S.A.W. Keadaan ini berlarutan sepanjang zaman akibat kebencian mereka terhadap pembunuh kaum Keluarga Rasulullah S.A.W.

Sewaktu pemerintahan Amir Temur, Raja Samarkhand, berketurunan Genghis Khan, beliau telah berjaya mengembangkan empayarnya. Beliau adalah dari kaum Syiah yang paling ditakuti sehingga Maharaja Eropah turut gentar dengannya. Empayar Temur mencecah sehingga ke sempadan Eropah dan beliau juga berjaya mengusir Bangsa tersebut dari bumi Turki.

Namun, yang menjadikan Amir Temur ini digeruni oleh pihak Kristian adalah kerana kekejaman beliau. Apabila berlaku peperangan, beliau akan membina Piramid yang diperbuat daripada tengkorak manusia tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau perempuan, juga kaum-kaum Sunnah. Sejarah Amir Temur atau Tamerlane ini juga meliputi kemusnahan Kota Baghdad dan Pembunuhan Raja Baiyazid ke 3.

Dalam tahun masihi, jika kita masih ingat, dua Negara Islam yang terkenal pernah berperang selama bertahun lamanya. Iran dan Iraq adalah diantara contoh yang paling tepat untuk kita imbas bagaimana perpecahan dalam Umat Islam ini amat merunsingkan. Iraq yang pada ketika itu mendapat sokongan Negara Eropah dan Amerika terutamanya mengempur Iran atas dasar pemilikan tanah semata-mata. Sebaliknya yang berlaku pada ketika ini dimana, puak Syiah ini pula yang di sokong oleh Amerika. (Betapa Yahudi itu beria-ia mahu menghapuskan Islam).

Maka tidak hairan jika pada hari ini, perang diantara Syiah dan Sunnah masih berterusan. Gara-gara dendam, rasa tidak puas hati dan amarah yang dipendam selama beribu-ribu tahun lamanya bakal membawa kemusnahan yang paling dahsyat. Tidak hairan juga apabila berjuta-juta Umat Islam uang menunaikan Ummrah atau Haji di Makkah tidak seorang pun dari Yahudi ini gentar. Kerana apa? Kerana mereka tahu bahawa Islam itu tidak akan bersatu lagi. Hanya disebabkan seorang manusia yang tamakkkan harta, pangkat dan kedudukan, maka habis satu kekuatan yang cukup kuat suatu ketika dahulu.

Sekarang bayangkan kedudukan anda, sahabat sekalian. Dimana anda mahu duduk dan berdiri? Mahukah anda menyebelahi seorang lelaki yang hanya menuntut Keadilan, Kebebasan dan Kebajikan untuk diri dan kaum keluarganya sendiri? Mahukah anda menurut kata-kata seorang manusia yang setiap hari dalam hidupnya mendambakan diri untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Tanya diri anda, kenapa lelaki itu beria-ia mahu menjadi ketua? Jangan tuan-tuan mengikut manusia seperti Muawiyah, Raja-Raja Islam di Andalusia mahupun orang yang kejam seperti Puak Syiah di Negara Arab. Jika tuan-tuan sangsi akan kesahihan sifat kejam Syiah ini, tuan-tuan boleh luangkan masa, berborak dengan pekerja-pekerja dari Pakistan dan Afghanistan. Mereka bertahun-tahun lamanya tidak disenangi oleh puak Syiah ini. Janganlah tuan-tuan menjadi Puak-Puak Syiah ini dalam Bangsa Melayu hanya kerana Dendam Seorang Manusia Terhadap Kerajaannya.

Sekian…

No comments: