Wednesday, September 2, 2009

Rebranding - Mendefinasikan Semula Politik

Re – Branding – Mendefinasikan Semula Politik

Bab 1.

Dalam kecamuk arus politik pada ketika ini, UMNO sibuk mencadangkan agar penjenamaan semula atau ReBranding dilaksanakan. Ia satu gagasan yang memerlukan keberanian sepenuhnya dari seluruh keahlian UMNO itu sendiri.

Saya mula terfikirkan, apakah maksudnya penjenamaan semula itu? Bagaimana pelaksanaannya kelak? Belum lagi saya dengar langkah-langkah wajar yang digariskan oleh kepimpinan pusat mengenainya sehingga kini. Namun turut kelihatan dan kedengaran mengatakan sokongan rakyat kepada UMNO semakin berkurangan. Bagi saya, perkara ini sangat menyedihkan (pathetic dalam bahasa Inggerisnya).

Pecahan Penjenamaan Semula ini perlu dikaji dengan mendalam jika kita mahu ianya berjaya dilaksanakan. Jangan kita hanya berzikir dengan perkataan tersebut tetapi hakikatnya tiada satu usaha pun yang diambil. Gagasan baru Presiden UMNO iaitu 1Malaysia, Rakyat diUtamakan, Pencapaian DiDahulukan wajar juga diperhalusi.

Sebelum ini, kita riuh diperdengarkan dengan laungan Presiden PAS Pusat, Haji Hadi Awang agar UMNO dan PAS dapat mewujudkan Kerajaan Perpaduan. Namun tentangan dari rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat menolak cadangan ini bulat-bulat tanpa sebarang perbincangan diadakan. Malah, Mursyidul Am PAS juga turut menolak sekeras-kerasnya cadangan yang dibuat oleh Presiden Parti beliau sendiri sehingga hampir mencetuskan perbalahan diantara mereka sendiri. Nauzubillah.

Dewasa ini, jika kita tanya kepada rakyat, malahan kanak-kanak, Apa Yang Penting? Pasti jawapan mereka Kerjasama. Inilah perkara yang harus kita tekankan dalam Penjenamaan Semula UMNO yang pernah hangat dan masih diwar-warkan sehingga kini. Maka, saya disini bukanlah mahu menunjuk pandai jauh sekali untuk memperlihatkan kelemahan pemimpin-pemimpin UMNO atau pun parti-parti lainnya. Hanya saya tergerak untuk mengenengahkan satu-satunya hak yang diberikan Allah S.W.T iaitu berfikir. Saya tergerak untuk memikirkan apakah yang terbaik bagi diri saya juga kepada rakan seperjuangan sekalian.

Sama-samalah kita fikirkan.

Tamat Bab 1.

No comments: