Tuesday, March 10, 2009
Apa Yang Masih Boleh Di Selamatkan? Apa Yang Masih Relevan?
Ini persoalan yang diajukan kepada rakan aku hujung minggu lalu. Soalan ini membuatkan aku tertanya, apa ye? Semalaman aku memikirkan perihal soalan ini dan aku dapat jawapannya. Cuma, perlu ke aku menerangkan kepada mereka sedangkan aku tahu apa saja jawapan yang aku perolehi akan di tolak mentah-mentah? Jadi biarlah aku simpan sendiri saja.
Apa yang masih boleh diselamatkan dalam UMNO ini? Jawapan aku, generasi muda. Generasi muda masih boleh diselamatkan melalui UMNO. Selama 29 tahun hidup, aku sudah bergaul dengan kedua-dua kelompok Parti politik iaitu PAS dan UMNO. Betul, PAS berjuang atas landasan ISLAM. Tetapi pendekatan mereka kepada generasi muda kurang mendapat sambutan. Kalau ada pun sikit bilangannya. Yang kita lihat sekarang, generasi muda hanya memihak kepada PKR, bukan PAS. Buktinya, cuba PAS buat ceramah Agama jemput budak-budak muda datang. Yang muncul pun tak lebih dari 10 orang. Jadi bagaimana PAS nak membendung gejala-gejala maksiat, kerosakan akhlak dan sebagainya? Bagaimana mereka hendak menerapkan nilai-nilai ISLAM dalam diri generasi muda ini?
Melalui UMNO, kita boleh mengadakan khemah kerja, program jati diri, forum dan sebagainya. Kenapa UMNO boleh buat? Sebab saluran masih terbuka buat UMNO sama ada di peringkat Kebangsaan, Negeri mahupun di peringkat Cawangan. Dengan mengadakan sesi seperti ini, ia dapat merapatkan hubungan diantara generasi muda ini dan kepimpinan dapat disalurkan kepada mereka. Pengisian dalam setiap program yang dijalankan dapat menerap nilai-nilai moral, sikap bertoleransi dan meningkatkan keimanan generasi tersebut dalam ISLAM. Program seperti ini juga dapat membentuk sahsiah diri generasi muda yang lebih baik dari sebelumnya. Kesedaran dapat di terangkan kepada mereka tentang persoalan pokok dalam masyarakat tempatan dan keadaan situasi semasa.
Bukan satu perkara mudah untuk kita buat benda baik dan program seumpama ini. Bukan hanya mahu membuktikan bahawa kita buat perkara-perkara baik. Hakikatnya, sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku. Ianya tidak pernah di aplikasikan dalam kehidupan generasi muda. Demikian yang aku maksudkan, 29 tahun aku hidup, tidak ada orang luar yang mengaku kononnya memperjuangkan ISLAM, memperjuangkan MELAYU yang datang kehadapan, membuka minda anak-anak muda kepada perkara-perkara baik dan yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Sedangkan aku sendiri sedar, zaman muda dulu aku tidak mengambil tahu lansung mengenai perihal agama, apatah lagi nak mendalaminya? Bukankah kita sendiri mengaku zaman muda kita dahulu kita jahil bab-bab ini? Soalannya, ada siapa yang mahu mendekati kita pada ketika itu? Ada siapa yang mahu menghalang kita dari melakukan perkara buruk seperti itu? Tidak kira PAS mahupun UMNO yang hadir menerangkan kepada kita hakikat ini. Maka itu yang boleh diselamatkan.
Apakah masih relevan UMNO pada masa sekarang? Bagi aku soal kepimpinan, UMNO sudah jauh menyimpang. Pelaksanaan dalam perjuangan MELAYU sudah lesu sama sekali. Kita sendiri lihat PPSMI menjadi tajuk utama, pemimpin tempatan sendiri kita tidak mampu untuk pertahankan. Jadi apa lagi yang relevan tentang UMNO? Bumiputera.
Hanya perkataan bumiputera sahaja yang masih relevan dalam UMNO. Sebab dengan menggunakan perkataan bumiputera sahaja yang boleh jadi senjata MELAYU dalam ekonomi. Menuntut hak BUMIPUTERA adalah salah satu cara kita hendak melaksanakan DEB. Banyak dana dan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan tetapi tidak di ketahui oleh masyarakat umum. Kebanyakan bantuan ini disalurkan kepada BUMIPUTERA. Sebagai contoh, STEB yang memberi geran bantuan sebanyak RM3000.00 secara percuma kepada peniaga-peniaga belia. STEB juga memberi bantuan pinjaman tanpa penjamin dengan pulangan yang dikenakan sebanyak 4% sahaja. Berbanding dengan pinjaman bank dan institusi kewangan lain yang mengenakan cas yang lebih tinggi, bantuan seumpama ini dilihat mampu membantu peniaga muda terutamanya BUMIPUTERA memulakan perniagaan. Malangnya, peluang seumpama ini tidak diambil oleh BUMIPUTERA kita yang masih mempersoalkan apa yang kerajaan buat. Kerajaan itu, kerajaan ini.
BUMIPUTERA juga boleh dipertahankan dalam bidang kontraktor dengan adanya Pusat Khidmat Kontraktor yang memastikan bahawa BUMIPUTERA akan mendapat kerja. Persoalannya, apa jaminan yangd apat diberikan oleh Pakatan Rakyat dalam mempertahankan hak MELAYU? Apakah dalam dasar keterbukaan PR dalam masyarakat MELAYU masih di beri keutamaan? Sebagai contoh, hak milik tanah selama 990 tahun yang pernah diwar-warkan oleh kerajaan Negeri Perak. Adakah MELAYU mendapat hak yang sama?
Maka dengan itu, UMNO masih relevan kerana BUMIPUTERA masih dipertahankan.
Friday, June 6, 2008
Kenaikan Harga Minyak
Kenaikan Harga Minyak: Tanggungjawab Bersama.
Demikian yang tersiar pada malam tersebut. Yang aku peliknya, malam tu jugak stesen-stesen minyak penuh berasak-asak dengan orang ramai. Semua terburu-buru nak isi minyak kereta, motor, nak bagi penuh. Semua kenderaan nak isi tangki masing-masing Full. Sampai jalan pun
Yang buat aku terfikir ialah, kenapa jadi macam tu? Isi minyak sewaktu harga murah, sebelum pukul 12 malam macam la tak payah isi dah minyak tu lepas ni. Gempar jadinya. Ini satu kelemahan yang nyata dalam masyarakat
Itu satu perkara. Yang seterusnya, masyarakat harus marah kepada kerajaan dengan tindakkan menaikkan harga minyak ni. Dari RM 1.10, jadi RM 1.90. Sekarang dah naik sampai RM 2.60 seliter. Walaupun kerajaan bagi subsidi, masih tak dapat menampung kesusahan Rakyat. Kalau dulu, masa harga naik jadi RM 1.90, kerajaan peruntukkan RM1.00 untuk setiap liter. Sekarang, PM bagi RM0.30 saja untuk seliter. Apa punya kedekut la. Kata pertumbuhan ekonomi Negara meningkat? Pelik.
Tapi bukan kerajaan sahaja yang harus kita persalahkan. Masyarakat juga harus sedar akan tanggungjawab sendiri. Dalam Islam pun kita digalakkan agar berjimat cermat dan bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri dulu. Kemudian keluarga, baru masyarakat. Jangan kita mudah nak salahkan orang lain sedangkan kita sendiri pun tak betul. Kaji diri kita sendiri dulu baru kita persoalkan hak orang lain. Apa maksud aku ni ye?
Maksudnya, kita sebagai masyarakat kena la pandai berjimat cermat. Jangan pandai je, tapi harus bijak juga. Sebagai contoh, nak pegi kerja jauh, kena naik kereta. Pakat la dengan kawan-kawan, keluarga atau saudara mara naik satu kereta. Buat sistem Car Pull. Aku ingat lagi masa aku belajar kat Sek.Ren.Keb. Ulu Dong. Perjalanan sejam, ayah aku berulang dengan 4 orang lagi rakan dia. Hari ni naik kereta ayah aku, esok naik kereta kawan lain dan seterusnya. Dapat la kita mengurangkan penggunaan minyak seterusnya menjimatkan duit. Ini tidak. Pergi pejabat naik kereta sorang-sorang, keretanya besar. Lepas tu bising jalan Jam, minyak mahal, tol mahal. Itu yang aku maksudkan jangan hanya jadi pandai, tapi kena bijak jugak. Dah la macam tu, sampai pejabat pun kereta Parking je, Bukan nak pegi mana pun. Nama pun keje pejabat, bukan keje dalam kereta. Nak lagi jimat, naik motor. Kat Jepun pun CEO Syarikat boleh naik Basikal, Komuter. Takkan kita kat
Lepas tu subsidi kerajaan dapat sikit pun marah. Subsidi minyak ni ikut bilangan kereta. Kalau dulu satu rumah dapat RM 1.00 untuk satu kereta. Sekarang dapat Rm0.30 untuk satu kereta. Kenapa jadi macam tu? Sebab logiknya, satu rumah sekarang dah tak pakai satu kereta. Satu rumah pakai sampai 5, 6 biji kereta. Kaya sangat orang
Jadi fikirkanlah. Biar jadi bijak, jangan jadi pandai je.
Tuesday, May 27, 2008
Sekadar Renungan
Hilangnya Satu Mutiara Dalam Jiwa.
Ilmu hidup ini adalah hasil daripada perjalanan kehidupan manusia setiap hari. Itu kata seorang pujangga suatu ketika dahulu. Ilmu yang paling berharga datangnya dari kehidupan itu sendiri. Hanya dengan melihat kejadian Allah S.W.T setiap hari, kita pasti memperolehi ilmu.
Hari ini, saya ingin menasihatkan diri saya sendiri. Kehormatan diri manusia, rasa hormat sesama insan dan lain-lain sifat yang ada dalam hidup kita ini mampu ditarik nikmatnya oleh Allah S.W.T dalam sekelip mata. “Kun Faya Kun” maka jadilah ia. Saya ingin berkongsi kejadian yang saya lihat sendiri sepanjang minggu lalu bagaimana maruah seorang manusia dari dihormati terus hilang serinya dalam masyarakat.
Senario Satu – Bagaimana seorang yang dilihat dan diketahui memiliki ilmu agama yang tinggi tetapi sifatnya lansung tidak serupa dengan ilmunya.
Seharusnya, bagi mereka yang mempunyai ilmu terutama dalam Agama berkongsi ilmu tersebut dengan umat sekelilingnya. Keadaan demikian pernah di ceritakan dalam Riwayat hidup Imam Al Ghazali ketika beliau membahagikan kabilah yang tahu dan tidak mengetahui kepada dua bahagian. Kemudian beliau meminta agar kabilah yang tahu akan sesuatu perkara agar mengajarnya kepada kabilah yang satu lagi. Dengan demikian, dari satu kabilah yang mengetahui maka wujud dua dan seterusnya.
Tetapi tidak bagi seorang yang boleh digelar Imam ini. Beliau bukan sahaja tidak mahu berkongsi ilmu yang dimilikinya dengan orang lain, malah meminta upah yang tinggi untuk berkongsi ilmu itu. Sedangkan ilmu yang beliau miliki itu adalah ilmu Al-Qur’an. Hairan.
Bukan setakat itu sahaja, sifat imam ini juga agak berbeda dari kebiasaan Imam yang sepatutnya. Dilihat bahawa imam ini tidak menjaga salasilah beliau sendiri dan turut dahagakan duniawi. Nauzubillah. Walaupun sebagai peniaga, bagaimana mungkin apa yang perlu diutamakan hanya keuntugan semata-mata tanpa mengira Fardhu Kifayah yang lain? Mengapa beliau tidak meniru gaya sahabat Rasulullah S.A.W dalam perniagaan yang mana ianya amat sesuai dengan gelaran beliau?
Dalam pada masa yang sama, tutur bahasa beliau juga tidak sama sekali mencerminkan peribadi seorang muslim. Yang lebih menghairankan, secara terbuka beliau memaki hamun orang terutama mereka yang hampir kepadanya? Mengapa seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi dalam agama ini dilihat tidak pernah berlembut dalam tutur katanya? Yang paling menarik apabila beliau juga turut mengatakan orang lain Kaki Perempuan sedangkan beliau sendiri mempunyai ramai teman Wanita? Hairan.
Senario Dua – Anak Derhaka.
Perkara ini berlaku setelah ianya diceritakan oleh seorang rakan. Menangis hati saya mendengar apa yang berlaku, namun saya hanya mampu mendengar dan sahabat saya itu hanya mampu melihat kerana yang berhak ke atas anak itu telah mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kejadian berlaku apabila seorang ibu kepada seorang anak menegur beberapa orang rakan anaknya yang sering melepak sehingga larut malam. Dengan nada yang kuat, (seperti yang diceritakan) si Ibu menyuruh rakan-rakan anaknya agar pulang ke rumah masing-masing. Hening seketika, tiba-tiba bunyi kuat datang dari dalam rumah si Ibu tersebut. Apa yang rakan saya dapat lihat, si Anak tadi telah menumbuk ibunya kerana marah dengan teguran ibu tersebut. Mungkin si anak ini malu dengan tindakan ibunya. Nauzubillah.
Masakan ada anak yang sanggup tumbuk ibunya yang 9 bulan melahirkan beliau? Namun dalam pada masa yang sama, si Ayah kepada anak itu telah mengambil tindakan dengan membalas pukulan kepada anak derhaka itu tadi.
Demikian pengajaran yang saya perolehi sepanjang seminggu yang lalu. Terdetik dihati saya bahawa hari pengakhiran itu semakin hampir. Dengan adanya bukti dan kejadian seperti ini, ianya mengesahkan lagi firasat saya itu. Dengan imam yang gilakan dunia, sombong dan tidak menghormati orang lain. Dengan anak muda yang semakin hari semakin kurang pengajarannya.
Tidak hairn pula bagi saya apabila melihat generasi muda masa sekarang ini yang sudah hilang maruah diri. Dengan pakaian yang agak keterlaluan, menjolok mata dan sebagainnya, dengan secara terbuka bercumbuan, membuat maksiat dan berpelukan di tempat awam. Menjadi persoalan juga kepada diri saya, apa yang saya telah lakukan? Apa yang perlu saya lakukan untuk menghindari perkara-perkara seumpa ini dari terus berlarutan? Sedangkan musibahnya telah kita ketahui, apakah mereka ini tidak takut dengan hukum Allah S.W.T? Asta’rfirullah Halazim.
Renung-renungkan lah.
RE: Kisah ini saya tulis untuk dijadikan renungan diri saya sindiri dan kita bersama. Andai ianya ada kena mengena dengan kehidupan kita, sama-samalah kita menginsafi diri agar kita mendapat Keampunan Dari Allah S.W.T. Insya Allah.
Kenaikan Harga Barang Katanya?
Kenaikan Harga Barang & Inflasi Kata Mereka?
Dalam seminggu hidup seharian seorang manusia, pasti ada sahaja pengajaran yang mengajar kita erti kehidupan. Betapa hidup ini hanya sementara dan sekadar pura-pura menjadi lumrah kehidupan tanpa kita sedari. Walau bagaimana sekalipun kita cuba untuk jujur dengan diri sendiri, hakikatnya sangat susah untuk kita terima.
Rakyat secara umum menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan kenaikan kadar harga barang dipasaran. Mereka juga amat bimbang dengan tindakan kerajaan dalam menangani isu inflasi yang semakin meruncing. Kata mereka, kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat, mereka mahukan lebih banyak sumber dan kebajikan yang harus diberi keutamaan kepada rakyat. Kononnya hidup mereka terpinggir dan tersisih, ditindas dengan keputusan kerajaan menaikkan harga barang.
Rasionalnya, jika kita lihat dari zaman sebelum ini hingga sekarang, belum pernah lagi ada kerajaan dimana-mana negara yang menurunkan harga barang. Pernah kita dengar Amerika Syarikat yang sangat kaya-raya menurunkan harga barang? Pernah kita baca didada akhbar Eropah dan negara-negara bersekutunya menurunkan kadar inflasi negara mereka? Sedangkan pembangunan Singapura, negara kosmopolitan jiran yang paling hampir dengan negara kita turut mengalami kesan daripada inflasi ini. Jika tidak masakan lambakan pembeli Singapura membanjiri Johor Baharu hampir setiap minggu?
Hakikat yang saya nyatakan bahawa manusia itu tidak jujur terhadap diri mereka sendiri dapat kita lihat hampir setiap hujung minggu. Berikutan cuti hari Wesak minggu lalu, saya telah pergi ke Ibukota, hanya sekadar untuk melihat perkembangan penduduknya. Rasa ingin melihat perubahan yang hangat digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.
Namun apa yang saya lihat tidak serupa dengan apa yang diluahkan oleh rakyat. Hampa rasanya apabila melihat suasana inflasi dan kenaikan harga barang itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada penduduk kota ini. Tidak serupa dengan warga luar bandar dan suburb, penduduk kota masih menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Kaum wanita serta anak remaja masih mewah membeli barang-barang yang saya rasa bukan keperluan harian. Jika keluar mereka dari pusat membeli belah Chow Kit, Petaling Street boleh juga saya terima. Tetapi malangnya, Lot 10, Sungei Wang Plaza, KLCC dan sebagainya masih sarat dengan pembeli yang mebeli barangan berharga. Tak mungkin sebuah beg Gucci, Prada, Gorgio menjadi barang keperlan harian?
Bentak hati saya memikirkan apa yang sebenarnya menjadi keinginan penduduk kota ini? Mengapa apa yang dilaporkan, yang kononnya menjadi luahan hati sebelum PRU12 dahulu tidak seperti realitinya? Mengapa mereka, rakyat yang ditindas kerajaan masih mampu untuk membeli belah seperti tiada apa-apa yang berlaku? Dan lagi, mereka marah apabila kadar minyak bakal dinaikkan sedangkan mereka tidak pula mahu mengambil inisiatif sendiri dengan berkongsi kenderaan atau memaksimakan penggunaan pengangkutan awam?
Walau apa un, inilah hakikat yang harus kita terima sebagai manusia. Betapa sukarnya untuk kita insan kerdil ni mengekang kemahuan nafsu, biarpun telah direndam didalam neraka berpuluh-puluh kali. Susah untuk kita menahan keinginan yang hampir setiap hari mengugat kemahuan kita. Innalillah Wainnalillah Hiroji’un.
Monday, May 26, 2008
DARI PARSI KE SYIAH
Dari Kaum Parsi Ke Kaum Syiah
Kebelakangan ini, Putrajaya memberi ingatan kepada penduduk
Kita singkap sejarah Tamadun Islam di Andalusia. Demikian juga yang berlaku kepada umat Islam apabila kepercayaan sesama mereka runtuh akibat duniawi. Tetapi lain pula dengan keadaan di Semenanjung Arab sekarang. Mereka berperang hanya semata-mata kerana berbeza fahaman. Hakikat perang diantara Sunnah dan Syiah ini sudah lama namun masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Saya petik asal usul kaum Syiah daripada tulisan Sheikh Muhammed Hussain Heikal. Kaum Syiah ini berasal dari satu bangsa yang tersohor disuatu masa dahulu. Bangsa Parsi meletakkan bangsa mereka setaraf dengan
Sebelum syiar Islam hadir menyinari bangsa Parsi ini, mereka kaum Pagan yang menyembah apa sahaja yang datang dari langit. Sejarah mencatatkan bahawa awalnya mereka menyembah Api kerana api itu datang dari langit. Bagi mereka, apa sahaja yang turun dari langit itu adalah anugerah, satu keajaiban dan juga satu kebesaran bagi mereka. Di dalam Al-Qur’an juga ada menceritakan keadaan kaum Parsi di Madain, salah sebuah
Demikian keadaan ini telah diambil kesempatan oleh sesetangah orang dari bangsa mereka sendiri dengan menggelar diri mereka Tuhan. Mereka mengaku bahawa mereka ini adalah makhluk yang Suci. Sebagai contoh, Xerxes dalam kisah 300, hasil nukilan Frank Miller (Nama Xerxes itu benar-benar wujud). Akibat keajaiban yang mereka tunjuk dan ketaksuban beberapa pengikut, maka mereka ini telah memerintah Parsi bertahun-tahun lamanya. Golongan ini dikenali sebagai golongan Kisra.
Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah mengambil inisiatif untuk membebaskan umat Islam dari genggaman Golongan Kisra ini. Maka beberapa siri peperangan telah dilakukan semata-mata untuk memerdekakan umat Islam dalam penaklukan golongan Barbarik ini.
Setelah itu, Islam tersebar luas seluruh kerajaan Parsi yang meliputi Armenia, Azebaijan, Pakistan, Turkistan dan Afganistan hingga ke Sempadan Negara China. Boleh dokatakan seluruh populasi yang dahulunya mengamalkan Agama Pagan, telah masuk Islam.
Sewaktu kematian Saidina Usman Ibn Affan R.A, kebanyakan kaum Parsi yang berada di Madinah ketika itu telah bersama-sama memba’iatkan Ali Ib Abi Talib sebagai Khalifah. Ini dikuatkan lagi dengan latarbelakang Saidina Ali yang bukan sahaja sahabat Rasulullah S.A.W, malah juga merupakan kaum keluarga Baginda. Mereka dari kaum Parsi telah membuka pintu seluas-luasnya buat keturunan Rasulullah S.A.W ini untuk berhijrah dari Madinah ke
Dalam pada itu, bangsa Parsi ini masih memberi perlindungan dan jaminan untuk Kaum Kerabat Saidina Ali dan menjemput Hassan dan Husin untuk menetap di
Demikian kejadian ini telah membangkitkan satu pecahan Umat Islam yang telah disebut Rasulullah dimana Baginda pernah bersabda bahawa Agama Islam ini akan berpecah kepada 73. Kaum syiah yang terdiri daripada kaum Parsi secara keseluruhannya memuja Saidina Ali serta sanak-saudaranya hanya kerana beliau adalah keturunan Nabi S.A.W. Keadaan ini berlarutan sepanjang zaman akibat kebencian mereka terhadap pembunuh kaum Keluarga Rasulullah S.A.W.
Sewaktu pemerintahan Amir Temur, Raja Samarkhand, berketurunan Genghis Khan, beliau telah berjaya mengembangkan empayarnya. Beliau adalah dari kaum Syiah yang paling ditakuti sehingga Maharaja Eropah turut gentar dengannya. Empayar Temur mencecah sehingga ke sempadan Eropah dan beliau juga berjaya mengusir Bangsa tersebut dari bumi Turki.
Namun, yang menjadikan Amir Temur ini digeruni oleh pihak Kristian adalah kerana kekejaman beliau. Apabila berlaku peperangan, beliau akan membina Piramid yang diperbuat daripada tengkorak manusia tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau perempuan, juga kaum-kaum Sunnah. Sejarah Amir Temur atau Tamerlane ini juga meliputi kemusnahan Kota Baghdad dan Pembunuhan Raja Baiyazid ke 3.
Dalam tahun masihi, jika kita masih ingat, dua Negara Islam yang terkenal pernah berperang selama bertahun lamanya.
Maka tidak hairan jika pada hari ini, perang diantara Syiah dan Sunnah masih berterusan. Gara-gara dendam, rasa tidak puas hati dan amarah yang dipendam selama beribu-ribu tahun lamanya bakal membawa kemusnahan yang paling dahsyat. Tidak hairan juga apabila berjuta-juta Umat Islam uang menunaikan Ummrah atau Haji di Makkah tidak seorang pun dari Yahudi ini gentar. Kerana apa? Kerana mereka tahu bahawa Islam itu tidak akan bersatu lagi. Hanya disebabkan seorang manusia yang tamakkkan harta, pangkat dan kedudukan, maka habis satu kekuatan yang cukup kuat suatu ketika dahulu.
Sekarang bayangkan kedudukan anda, sahabat sekalian. Dimana anda mahu duduk dan berdiri? Mahukah anda menyebelahi seorang lelaki yang hanya menuntut Keadilan, Kebebasan dan Kebajikan untuk diri dan kaum keluarganya sendiri? Mahukah anda menurut kata-kata seorang manusia yang setiap hari dalam hidupnya mendambakan diri untuk menjadi Perdana Menteri
Sekian…
